Saturday 28 May 2011

Syaikh Sudais Mengaji Dalam Kedai Mamak!

Gambar hiasan semata-mata

Suatu ketika aku melepak dengan kawan-kawan aku usai kuliah Ustaz MKA di sebuah kedai mamak.Lepas je thosai aku sampai,spontan telinga aku dengar suara Syaikh Abdur-Rahman As-Sudais membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an.Dari juzu' berapa Wallahu 'Alam.Maka mulalah aku tercari-cari kalau-kalau memang syaikh Sudais ada dalam kedai mamak tu.tapi,memang tak logik la pulak.Sekali baru aku perasan.Recording da....mamak tu pasang CD syaikh Sudais.
Syaikh Abd Rahman As-Sudais

Bagus tu memang bagus,tapi sebenarnya perbuatan pasang CD ayat qur'an di tempat awam gitu tak kena bagi aku,sebab bercanggah dengan firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. 7:204


Yelah,kalau dah namanya kedai makan,takkan orang nak makan sambil bisu senyap je,ye dak?Maka adalah lebih baik untuk tidak dibuka bacaan-bacaan Ayat Al-Qur'an supaya orang ramai tidak jadi berdosa kerana tidak diam dan memberi perhatian kepada ayat Al-Qur'an.Terkadang para peniaga ni pasang CD ayat ni bukan apa,tapi kerana berberapa motif,antaranya,sebagai pelaris dan penambah berkat,serta menonjolkan ke'Islam'an kedainya.Baguslah nak nampak Islamik.Tapinya,kedai kotor,toilet out of service,service tak bagus,pekerja susah nak senyum,pekerja/tukang masak tak solat.....dan macam -macam lagilah.Itu belum masuk bab yang gantung tangkal azimat segala bagai dekat kedai.Dah tak jauh beza dengan kedai apek sembah tokong!Jadi kesimpulannya,kalau korang rasa mempu,Tegurlah peniaga yang ikhlas pasang ayat Qur'an dalam kedai tu.Mudah-mudahan korang tak rasa serba ,salah untuk lepak dalam kedai dan berborak dengan amannya,tanpa was-was!

No comments:

Post a Comment