Saturday 28 May 2011

Buku Dzikir dan Doa,Tapi Isi Macam Buku Fairy Tales!

Ramai dikalangan orang Melayu suka membeli buku-buku doa dan dzikir.Tambah-tambah kalau ada label 'mujarobat'(yang mujarab-mujarab).Ada pula segelintir daripada kita cukup suka mengumpul koleksi dzikir yang disusun oleh syaikh-syaikh,kiyai-kiyai,ustaz-ustaz tanpa mengira apakah sandaran doa-doa didalam buku tersebut.Itu belum dikira fadhilat-fadhilat yang indah-indah belaka yang disertakan pada doa tersebut.Entah dari mana datangya,wallahu 'Alam.Terkadang fadhilat yang dinyatakan cukup melampau dan sangat tidak masuk akal dan nampak bercanggah dengan fadhilat-fadhilat di dalam hadith-hadith Sahihah.Kang kalau aku cakap macam hikayat 1001 malam atau macam fairy tale karang,ada pulak yang marah!!


jadi apa solusinya?haa....ni nak bagitahu,ada suatu buku yang dikarang oleh seorang Syaikh Sa'id bin Wahf  Al-Qathani hafizahuLLAH.Tajuknya : Hisnul Muslim.Orang melayu kata: "Perisai orang Islam"Buku ini,insya-Allah menghidangkan 1001(ini bahasa kiasan,bukan exact figure,harap maklum) macam doa-doa yang diambil dari Al-Qur'an dan hadith-hadith sahih.Bahkan disertakan sumbernya sekali,ini memudahkan pembaca membuat semakan mengenai status hadith sekiranya berasa ragu dengan hadith yang dibawakan oleh pengarang.kalau versi bahasa Melayu,yang paling kemas adalah terbitan Telaga Biru,Diterjemahkan oleh Syaikh Dr Abd Basit bin Abd Rahman HafizahuLLAH,mudir Pondok Sg Durian.Bahkan Dr Abd Basit juga ada membuat syarah kitab Hisnul Muslim ini.Boleh jenguk di website beliau (Abu Anas Madani)

Ni aku letak gambarnya:

Versi Bahasa Melayu tulisan Jawi
Versi Bahasa Melayu tulisan Rumi

Ni pulak gambar Dr Abd Basit:
 Jadi selamat membaca dan rajin-rajinlah beli Hisnul Muslim.Padanlah dengan hadith sahih dalam tu.Itupun tak terlarat kita nak amal,inikan pulak nak tambah lagi dengan doa-doa yang kadang-kadang tidak tahu asal usulnya.Ingat,buku doa tak sepatutnya ada hikayat karut marut macam buku fairy tale!

No comments:

Post a Comment