Monday 30 May 2011

Buat Mereka Yang Diuji: Apa Yang Terbaik Untukmu Adalah Yang Ditentukan-NYA


Pagi tadi aku menerima satu sms yang agak tidak menyenangkan.Pada mulanya memang aku gelisah meski mulut telah menyebut:
  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
Perasaan bercampur baur.Resah,rimas,serta segala yang negatif-negatif mula menerpa kepala.Tiba-tiba aku teringat kepada suatu ayat di dalam juzu' ke-2 dari Surah Al-Baqarah:
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 2:216
Aku terdiam sekejap.Malu.Terharu.Tahu ayat ini tapi sering 'fail' beriman dengannya.Tanpa belengah,hati ini berjaya dipujuk.Meski Asbab An-Nuzul ayat ini mengenai perperangan,namun ada sutau kata kunci yang penting disitu:
"Apa Yang Terbaik Buat Kamu,Hanya DIA yang Maha Mengetahui"

Aku mula insaf,bahawa setiap ketentuan Allah pasti ada baik dan buruknya,dan tidaklah sesutau itu apabila buruk di mata kita maka ia buruk di sisi Allah.Manusia sering memandang sesuatu perkara dengan sebelah mata.Natijahnya,ia sering terlupa bahawa:
Ia adalah Hamba kepada-Nya
Ia tidak lebih mengetahui daipada Dia
Ia lemah dan berhajat kepada Dia,sedangakan Dia langsung tidak berhajat kepada ia.

Maka inilah nasihat ringkas buat diri,bersabarlah jika ada perkara yang tidak anda senangi melanda diri,Tidak semua yang buruk itu tidak baik untuk anda.Dan tidaklah apabila Allah menguji anda,maka Dia tleah mengangkat rahmat-Nya dari anda.Ada orang yang diuji dengan pelbagai ujian yang hebat,tetapi natijahnya mereka menjadi manusia yang hebat selepas berjaya di dalam ujian tersebut.Ingatlah:
Imam Malik pernah disiksa kerana keegganan mengeluarkan fatwa  yang menurut kehendak pemerintah
Imam As-Syafi'iy pernah dituduh cuba memberontak
Imam Ahmad disiksa kerana mempertahankan pendapat beliau
Imam Abu Hanifah Dipenjara kerana ketegasan beliau menolak jawatan Qadhi 
Imam  Al-Bukhari pernah difitnah oleh gurunya sendiri
Imam Ibn Taymiyyah pernah diftinah sehingga terpenjara

Dan ratusan,bahkan ribuan lagi kisah-kisah para awliya' Allah yang diuji.Maka,kenangkanlah bahawa ujian yang anda terima adalah sangat ringan dan menjadi kaffarah dosa-dosa silam anda.Sikap manusia memang selalu terburu-buru apabila diuji.Renungilah ayat-ayat di bawah ini,tetang sikap terburu-buru manusia:
فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ

Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya,  serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ

Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (89:15-16)

Maka Allah membantah sikap ini dengan firman-Nya didalam ayat berikutnya:
كَلَّا ۖ بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya);
وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!  (89:17-20)

Maka sewajarnya dalam menghadapi ujian,elakkan perasaan terburu-buru dan perbanyakkanlah berdoa kepada Allah dan bersangka baik kepada Allah.Berikut dibawakan dua potong hadith sebagai penutup bebelan kali ini:

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Hadith riwayat Bukhari).

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadith riwayat Tirmidzi).

DAH! TAK PAYAH NAK SEDIH-SEDIH DAH! SENYUMMM!!!!








No comments:

Post a Comment