Wednesday 25 May 2011

Jangan Jadi Penghalang Hidayah Allah


Seringkali kita temukan para mad'u (orang yang didakwah) yang menjauh dari para du'aat(pendakwah).Terkadang sering pula para pendakwah memandang gejala ini sebelah mata.Mereka menyalahkan para mad'u tanpa mereka memuhasabah kesalahan mereka.Begitu juga dengan diri saya,ketika diri baru disapa hidayah dan tawfiq dari Allah bagi memikul tanggungjawab berdakwah,saya seringkali bersikap keras,bahkan membuat orang menjauhi dakwah yang dilakukan berbanding mendekati Islam.
Sehingga sampai suatu ketika,penulis terkesan membaca kalam seorang ulama' yang amat saya sayangi,iaitulah Samahatu As-Syaikh Abd Aziz Ibn Baz RahimahuLLAH.Kata syaikh:

،هذا العصر: عصر الرفق، والصبر، والحكمة، وليس عصر الشدّة. الناس أكثرهم في جهل، في غفلة وإيثار للدنيا، فلا بدّ من الصبر”

ولا بدّ من الرفق؛ حتى تصل الدعوة، وحتى يبلغ الناس، وحتى يعلمو. ونسأل الله للجميع الهداية”. [مجموع فتاوى سماحته 8/376. و 10/91


Maksudnya: “Zaman ini, zaman berlemah-lembut, bersabar dan berhikmah. Bukan lagi zaman “Syiddah” (menggunakan kekerasan), manusia kebanyakannya dalam keadaan jahil, lalai dan mengutamakan dunia.

Maka para pendakwah mestilah bersabar, bersifat lemah-lembut, supaya dakwah kita dapat sampai kepada mereka dan sehingga mereka mengerti. Kami memohon kepada Allah SWT agar memberi hidayah kepada semua.”(Majmu' Fatwa Ibn Baaz)

Justeru,marilah kita renungi kembali,sudah benarkah kaedah dakwah kita?Apakah ia akan menjadi sumbar hidaayah dan sumber saham akhirat kita,ataukah kitalah yang menjadi sebab musababnya terhalang hidayah Allah dari seseorang.Berikut saya bawakah bereberapa kisah menakjubkan mengenai hikmahnya dakwah yang di tunjukkan oleh Samahatu As-Syaikh Abd Aziz Ibn Baz RahimahuLLAH.


Juga tontonlah video di bawah,bagaimana Syaikh Muhammad Hassan mengisahkan adab dan lemah lembuat 3 orang ulama: Syaikh Ibn Baz,Syaikh Ibn Uthaymeen dan Syaikh Al-Albani RahimahumuLLAH.
Mudah-mudahan Allah akan mengislah kita setelah kita memuhasabah tindakan kita.

"Sebahagian manusia,apabila dia mendapati pada dirinya hidayah,ia bersikap keras terhadap mereka yang masih lalai,seolahnya dia telah melupakan keadaan dirinya semasa belum mendapat hidayah.Beringat,berlembut dan berhikmahlah wahai du'aatal Islam!"


1 comment:

  1. Bebelan bermanfaat ya sheikh :)
    Jazakumullah

    ReplyDelete