Thursday 12 May 2011

Hukum nombor 666


Soalan:Ustaz,benarkah nombor 666 itu simbolik kepada syaitan?Saya keliru.Minta pencerahan.Terima Kasih
Jawapan:


BismiLLAH,InnalhamduliLLAH,Wassolatu wassalam 'ala RasuliLLAH.
Adapun mengenai nombor 666 ini sangat popular di kalangan barat sebagai nombor sial ataupun nombor simbolik syaitan.Perlu diketahui bahawa Syaitan adalah sebahagian daripada makhluq ghaib yang perlju diimani kewujudannya.Adapun tentang urusan perkara ghaib ia mestilah datang dari perkhabaran oleh Allah dan Rasul sahaja.Firman Allah:
قُل لَّا أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad); Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Bertanyalah (kepada mereka): Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir? (AQ 6:56)

Allah menegaskan lagi:
وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.(AQ 6:59)

Maka kami mengatakan: Dakwaan bahawa 666 itu adalah nombor sial,nombor simbolik syaitan,adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali.Maka tidak ada masalah untuk menggunakannya.Mereka yang mendakwa perlu mendatangkan bukti yang jelas,dan kebanyakan merekabercakap mengenainya tanpa ilmu.Maka setiap dakwaan trutamanya yang bersangkut paut dengan perkara ghaib wajib disertakan dengan dalil dan hujjah dari Al-Qur'an dan As-Sunnah.Firman Allah:

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.(AQ 2:111)

Akhir kata,kami bawakan sepotong lagi ayat Al-Qur'an sebagai penutup:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.(AQ 17:36)

Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment