Saturday 14 May 2011

Hukum Bersanding




Ada suatu pertanyaan dari saudari kita di page Facebook KakiSurau
Ada Persoalan Apakah Hukum Dalam Perkahwinan Kita Jika Kita Bersanding Adakah Ianya Wajar Di Lakukan Atau Tidak?
maka berikut jawapan kami:



1)Persandingan adalah adat Hindu yang dimelayukan,maka hendaklah dijauhi bagi mengelakkan tasyabbuh(penyerupaan) dengan agama Hindu.Sabda Nabi:

من تشبه بقوم فهو منهم
Terjemahan: Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka
{Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih}

2)Pengantin perempuan akan terdedah kepada tabarruj(solekan/hiasan yang berlebih-lebihan dan ia haram.

3)Menjatuhkan martabat suami,kerana membiarkan isterinya menjadi bahan tontonan orang lain

4)Membazir.berapa ribu dihabiskan semata-mata untuk pelamin?Islam dengan jelas melarang pembaziran.Firman Allah:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
AQ 17:27

Kesimpulannya:Tidak wajar dilaksanakan.Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment