Wednesday 11 May 2011

Hadith 40 Imam Abu Zakariyya Yahya An-Nawawi-Hadith 1





Setiap Amalan Berdasarkan Niat
انما الأعمال بالنيات
عن امير المؤمنين ابي حفص عمربن الخطاب رضي ألله عنه قل:سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول: انما الأعمال بالنيات و انما لكل امرىء ما نوى
فمن كانت هجرته الى الله و رسوله فهجرته الى الله ورسوله و من كانت هجرته الى الدنيا يصيبها او امراة ينكحها فهجرته الى ما هاجراليه

Terjemahan Hadith:
Daripada Amirul Mukminin,Bapa Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu 'Anhu,berkata:Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alayhi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niatnya.Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rassul-Nya maka ia telah hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya keranag keinginan dunia atau perempuan yang ia nikahi maka hijrahnya hanya setakat apa yang ia hijrahkan(hajati)
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran Hadith:
1)Setiap amalan yang ingin dilakukan mestilah disertakan dengan niat,dan niat merupakan perbuatan hati dan dizahirkan melalui perbuatan

2)Pahala bagi setiap amalan juga ditentukan berdasarkan niat si pembuat

3)Amalan manusia tidak dinilai di sisi Allah secara zahir semata-mata,bahkan ia bergantung kepada niat seseorang dan salah satu syarat penerimaan amalan ialah ikhlas

4) Amalan yang dilakukan tanpa diniatkan ikhlas kerana Allah adalah sia-sia semata-mata dan syirik hukumnya(syirik kecil,kerana riya'),kerana amal-amal ibadah hanya kepada Allah 'Azza wa jalla semata-mata

Fakta sirah dari hadith:

1)Umar radhiyallahu ‘anhu merupakan bapa kepada Ummahat Al-Mu’minin, Sayyidatina Hafsah,beliau juga merupakan mertua kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam

2)Umar juga merupakan Khalifah Al-Rasyidun pertama yang memakai gelaran Amirul Mu’minin

3)Dalam hadith ini Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menegur sikap seorang sahabat yang berhijrah semata-mata untuk menikahi seorang sahabiah yang cantik rupanya,baginda menjelaskan bagi sahabat tadi,hijrahnya sekadar memuaskan matlamatnya dan tidaklah mendapat pahala sebagaimana hijrah orang lain.

No comments:

Post a Comment