Saturday 14 May 2011

Sunat?Sunnah? Sama Ke?


Ramai yang menyangka bahwa sunnah = sunat,maka lawan sunnah adalah makruh.Bukan begitu ! Sebenarnya dari sudut pengistilahan ada perbezaan di antara sunnah dan sunat.Mari kila lihat definisi ringkas As-Sunnah

1) Ulama Hadith mendefinisikan Sunnah sebagai:Apa-apa yang disandarkan kepada Nabi dari segi perkataan,perbuatan,pengakuan,sifat-sifat keperibadian dan sifat-sifat Baginda Shallallahu'Alayhi wa Sallam,termasuklah perkataan para sahabat yang bersangkutan dengan diri baginda.

2)Ulama Ushul Fiqh:Apa sahaja yang disandarkan dari nabi dari perkataan,perbuatan,pengakuan Nabi Shallallahu 'Alayhi wa Sallam

3)Ulama Fiqh: Sunnah/Sunat/Mustahhab ialah perbuatan yang padanya didatangkan nas-nas galakan untuk melakukan tanpa didatangkan padanya ancaman jika ditinggalkan,Ia adalah sub-topik kepada Hukum Syar'iy yang lima,iaitu;Wajib Sunat/Sunnah/Mustahhab , Harus/Mubah,Makruh,Haram.Dari as-Sunnahlah dapat diterbitkan hukum yang lima ini,Justeru,
Sunat menurut ulama' fiqh tak sama dengan sunnah sebab Sunnah merangkumi Wajib,Sunat/Mustahhab, Harus/Mubah,Makruh dan Haram.Contoh: As-Sunnah menganjurkan di dalam wudhu agar kepala disapu keseluruhannya tetapi fuqaha' syaf'iyyah memandangnya sebagai sunat sahaja.

-Sekian sahaja catatan ringkas ini.-

1 comment:

  1. salam, interesting bro. join our group at http://joinislam.my/v3 and post up your activity kat situ, boleh bincang2. Tq

    ReplyDelete