Wednesday 1 June 2011

Barbican...Bir Halal...bla...bla...bla...


Dua tiga hari lepas,rakyat Malaysia digenparkan oleh laporan berita mengenai ke'haram'an 'bir halal' kerana mengandungi kadar alkohol yang melebihi kadar dibenarkan.Aduhh,rasa nak gelak dengar berita macam ni.Ketika menulis entry ni aku dengan enaknya meneguk barbican perisa peach pemberian Ikmal Johari.Pertamanya;label bir halal.Bila pulak ada kaedah meletakkan halal pada benda yang haram?Yang halal tetap halal.Jangan pandai-pandai diserupakan dengan benda yang haram lantas diletak nama benda haram yang halal.Ini kerana Rasulullah Shallallahu 'Alayhi wa Sallam telah menjleaskan bahawa yang halal adalah yang halal dan yang haram adalah yang haram,maka jangan dicampur adukkan keduanya sehingga menimbulkan kekeliruan.Sabda baginda:

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى  الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ  لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ   مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ  أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
[رواه البخاري ومسلم]
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiyallahu 'anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Kedua,dari segi mewar-warkan bahawa keharaman itu adalah kerana kandungan alkoholnya melebihi ) 0.005%.Ini pun satu masalah dan kekeliruan.Untuk pengetahuan anda,yang diharamkan didalam Islam ialah Khamr,iaitu sesuatu yang memabukkan sama ada diambil dalam jumlah sedikit mahupun banyak,termasuklah Arak.Bukan alkohol,sebab alkohol ialah satu bahan kimia yang wujud hampir dalam semua benda yang mengandungi gula.(bab ni korang boleh tanya mana-mana budak yang ambik chem,aku ostad cabuk je,tak belajar chemistry sangat... :) )Sebab ada alkohol yang tidak memabukkan dan ada pula alkohol yang jika diambil(dalam makanan/minuman) bukan takat mabuk lagi dah,mati terus!Jadi sebelum disensasikan isu ni,kita kena baca semua pendapat ulama'.Tambah-tambah pula sesetengah minuman yang diwar-war haram itu mendapat pengiktirafan halal di luar negara.Halal di sisi Allah bukan sekadar Halal Jakim je,tahu?


Yang ketiga yang paling tak boleh blah ialah statement dalam berita tu:


“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya
Ini yang paling lawak.Bila masa pulak pak Arab ada kilang arak macam Negara Islam Malaysia?Jangan la sampai macam tu sekali tohmahannya kalau iya pun nak kata air tu tak halal.Allah,kesian depa.
Kesimpulan aku satu je:

Kalau korang tak ndak minum,bagi kat aku.
Sekian.




No comments:

Post a Comment