Tuesday 17 May 2011

Tidak Baca Doa Istiftah-Petanda Kiamat?

Paparan visual tidak bermaksud menunjukkan gambaran sebenar kiamat.

Dua hari lepas saya diajukan dengan sebuah soalan di Facebook saya.Berikut adalah soalannya:

Petanda kiamat kecil -Akan datang pada satu masa nanti dimana ramai orang tidak lagi membaca doa iftitah dalam solat mereka- betul ke?

Berikut adalah jawapan yang saya dapat kemukakan:


1)Wallahu 'Alam tidak ditemui hadith yang menyatakan orang yang tidak membaca doa Istiftah adalah tanda kecil kiamat.Ini kerana beriman dengan hari kiamat adalah wajib dan perkara ini termasuk dalam bidang perkara ghaib yang wajib diimani dan tidaklah diketahui ilmunya melainkan apa yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul dan kesemua ilmu mengenainya ada di sisi Allah 'Azza wa Jalla

2)Ia kelihatan janggal kerana para fuqaha' menghukumkan doa' istiftah adalah sunat/mustahhab sahaja.Seolahnya jika sengaja ditinggalkan boleh membawa kepada cepatnya datang kiamat.

3)Maka saya simpulkan,ia TIDAK BENAR sama sekali.Wallahu'Alam

No comments:

Post a Comment