Sunday 21 June 2009

Ringkasan Bayan Oleh Mawlana Shawqat di Sri Petaling Semalam

Semalam dengan tawfiq dan inayah dari ALLAH,ana bertandang lagi ke Masjid Jami' Sri Petaling,dan beriktikaf di sana.Seronok dapat mendengar bayan oleh Mawlana Shawqat(Maaf,x pasti beliau dari mana) dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan oleh seorang Ustaz(maaf,saya tak tahu namanya)
Antara isi penting bayan Mawlana ialah:

1)Ummat Islam haruslah bersedia mengorbankan diri untuk menyahut seruan-seruan dalam menghidupkan urursan agama

2)Rasul S.A.W melatih para Sahabat mengutamakan takaza(kepentingan) agama sebagai 1st priority dalam hidup mereka.Mawlana menyebut berberapa kisah yang dipetik dari Hayatus Sahabah karya Mawlana Yusuf ,antaranya kisah Thariq ibn Ziyad yang membakar kapalnya,dan sebagainya.

3)Kelalaian menjalankan usaha agama menyebabkan kebathilan tidak akan lenyap.Mawlana menjelaskan,hancurnya kebathilan dan kuasa-kuasa besar yang bermaharajalele adalah sebagai hadiah dari ALLAH jika ummat ini buat usaha atas agama.

4)Usaha agama bukanlah dibuat secara tertib atau rutin,yang dimaksudkan ialah hanya dibuat ketika berkelapangan,sahaja,bahakan usaha agama patut berlaku sepanjang masa.

5)Penutup.Mawlana menggesa agar usaha ditingkatkan dan setiap kawasan mesti menyediakan seberapa banyak mungkin jama'ah untuk keluar 40 hari dan 4 Bulan selepas ijtima' nanti

***Maaf atas segala kekurangan,sebab saya tidak menyalin,hanya mendengar.

No comments:

Post a Comment